Categories
Bola Sepak

Varane Akan Terlepas ‘Manchester Derby’ Kerana Kecederaan Hamstring

Pemain pertahanan United, Rafael Varane terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang berkesudahan seri menentang Atalanta di Bergamo pada hari Selasa.

Laporan terbaru mengatakan Raphael Varane dijangka tidak akan dapat beraksi selama sebulan dan terpaksa melupakan perlawanan derby Manchester hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan hamstring.

Pemain Perancis itu dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika menentang Atalanta, dan hasil penilaian telah mendedahkan dia tidak akan cergas untuk pertembungan penting menentang Manchester City hujung minggu ini.

Berita ini juga akan menjadi satu tamparan yang besar kepada Ole Gunnar Solskjaer, yang baru sahaja dapat menggunakan khidmat bek tengah tersebut selepas dia pulih daripada masalah kecederaan paha.

Sumber kelab mengesahkan pada petang Rabu bahawa selepas penilaian yang disahkan oleh barisan kedoktoran kelab, Varane dijangka akan berehat sehingga sebulan kerana kecederaan hamstring.

Itu serta-merta menghalangnya daripada perlawanan derby Manchester hujung minggu ini dan juga bermakna dia tidak mungkin dapat bermain untuk perlawanan menentang Watford, Villarreal dan Chelsea selepas rehat antarabangsa.

Red Devil pastinya mengharapkan Varane akan kembali pada awal Disember, namun sebarang masalah dengan tempoh pemulihannya juga boleh menyebabkan dia belum diyakini untuk bermain menentang Arsenal, dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara United menentang Young Boys.

Selepas perlawanan dengan Atalanta, Solskjaer berkata dia tidak optimistik tetapi perlu menunggu penilaian perubatan lanjut untuk memberikan penjelasan tentang kecederaan Varane.

“Dia merasakan sesuatu di hamstringnya. Jadi sudah tentu anda tidak boleh mengambil sebarang risiko, malangnya,” kata Solskjaer kepada BT Sport. “Rafa telah menjadi pengaruh memberi ketenangan apabila dia berada di atas padang. Kami kehilangan dia tetapi itulah bola sepak.”

Kepulangan Varane daripada kecederaan dalam kemenangan menentang Tottenham membolehkan Solskjaer menukar taktiknya dan pergi kepada sistem 3-5-2 untuk menghentikan Spurs dan memberikan United clean-sheet yang kedua dalam 22 perlawanan.

Eric Bailly dimasukkan ke dalam tiga barisan pertahanan tengah ketika Victor Lindelof terpaksa disisihkan kerana mengalami knock yang dialaminya semasa latihan pada hari Isnin.

Pemain Ivory Coast itu mempamerkan aksi yang mengagumkan pada permulaan keduanya musim ini dan boleh bermula semula dalam sistem yang sama pada hujung minggu, sekiranya Solskjaer ingin menggunakan lima pertahanan sekali lagi.

Pilihan lain ialah mengalihkan Luke Shaw ke tengah dan bermain Alex Telles di bek kiri.

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *