Martin Odegaard berhasrat untuk mengubah semula nasib Arsenal, dengan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana adalah matlamatnya.
Pemain antarabangsa Norway itu membuat perpindahan tetap ke utara London selepas menghabiskan tempoh pinjaman yang positif pada musim lalu, dan telah menandatangani kontrak selama empat tahun.
Martin Odegaard wants to win the Premier League and Champions League at Arsenal 🏆 pic.twitter.com/bQ9ulw4OTY
— ESPN FC (@ESPNFC) September 10, 2021
Dia telah tiba di Arsenal ketika mereka sedang membuat permulaan terburuk dalam tempoh 118 tahun, apabila The Gunners kini berada di dasar liga selepas tiga perlawanan – tetapi pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan harapannya yang tinggi untuk masa depan bersama jersi merah dan putih.
“Untuk menaikkan kelab di atas carta, ke puncak liga teratas dan berjuang dalam saingan bola sepak Eropah,” kata Odegaard kepada Sky Sports, ketika ditanya mengenai matlamatnyanya bersama The Gunners.
“Untuk musim ini, jelas kami ingin kembali ke bola sepak Eropah dan kemudian berharap dapat memenangi banyak piala, Liga Juara-Juara dan semoga memenangi Liga Perdana dalam tempoh beberapa tahun.”
Martin Odegaard on his ambitions at Arsenal 🗣️:
"We want to get back to European football and then hopefully with time win trophies and win the Champions League and win the league within a couple of years" pic.twitter.com/4KOsiTqGZH
— SPORTbible (@sportbible) September 10, 2021
“Begitulah seharusnya apabila berada di kelab ini, itulah standardnya.”
Sudah beberapa lama sejak kali terakhir The Gunners bersaing di puncak Liga Perdana – dan pada masa yang sama, mendapat tempat di Liga Juara-Juara.
Kali terakhir mereka bersaing di pertandingan teratas Eropah adalah pada 2016-17, ketika mereka menjuarai Kumpulan A di peringkat pertama sebelum mereka disingkirkan dengan kejam oleh Bayern Munich. yang mencatat kemenangan agregat 10-2 di pusingan 16.
Penantian mereka untuk memenangi trofi Liga Perdana, seterusnya, semakin jauh, dengan Arsenal yang kali terakhir mengangkat mahkota kejuaraan liga adalah pada 2004, semasa era Invincibles yang paling dikenang di bawah kendalian Arsene Wenger.
Kurangnya kepadatan jadual perlawanan mereka pada musim ini kerana tidak beraksi di pentas Eropah mungkin akan membantu The Gunners memulihkan semula reputasi mereka – di samping mereka juga membuat perbelanjaan paling besar di Liga Perdana pada jendela perpindahan yang lalu.
Odegaard berharap dapat memberi kesan penting dalam mengubah nasib mereka setelah kedatangannya dari Santiago Bernabeu.
The Gunners bakal menghadapi pasukan yang baru dipromosikan ke Liga Perdana, Norwich City pada hari Sabtu dalam permainan penting ketika mereka ingin mencari mata yang pertama dalam kempen musim ini.