Raheem Sterling mengetuai senarai pemain Manchester City bakal dilepaskan musim panas ini ketika Pep Guardiola merancang era dominasi baru skuad The Citizens.
Juara Liga Perdana itu merancang untuk memperbaiki skuad mereka dan ianya dikatakan dirancang sebelum kekalahan di final Liga juara-juara Eropah.
Manchester City are prepared to sell forward Raheem Sterling this summer after six years at the club. (Daily Mail) pic.twitter.com/KhbICSsnyl
— Transfer News Central (@TransferNewsCen) May 29, 2021
Sterling kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama Pep Guardiola menjelang akhir musim lalu dan Sportsmail memahami City akan bersedia mendengar tawaran untuk pemain berusia 26 tahun itu.
Aksinya di final Liga Juara-juara tidak begitu memberansangkan, tidak menghairankan apabila dia dikeluarkan pada minit ke-77 dan digantikan dengan Aguero.
Dia bukan satu-satunya pemain yang bakal dilepaskan dalam beberapa bulan mendatang kerana Riyad Mahrez juga termasuk di dalam senarai.
Arsenal plot double swoop for Raheem Sterling and Riyad Mahrez as Man City 'to sell both'https://t.co/LkzsZzjSuX pic.twitter.com/caM2wJbeaX
— Express Sport (@DExpress_Sport) May 29, 2021
Mahrez telah menyerlah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutama di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain, tetapi City akan mempertimbangkan untuk menjualnya jika kesepakatan dicapai.
Pemain lain yang juga disebut-sebut akan pergi ialah penyerang Gabriel Jesus dan pertahanan tengah Aymeric Laporte.
Arsenal difahamkan mempunyai minat terhadap Sterling dan Mahrez. Bos Gunners, Mikel Arteta pernah bekerjasama dengan kedua-duanya semasa bertugas di City sebagai pembantu Guardiola.
Tetapi mesti ada keraguan mengenai kemampuan Arsenal untuk mendapatkan salah seorang pemain itu memandangkan keadaan kewangan mereka dan mereka juga tidak beraksi di saingan Eropah.
Arsenal interested in shock Riyad Mahrez transfer with ‘Man City willing to sell winger along with Raheem Sterling’ https://t.co/Px7X8BCLFn
— The Sun – Arsenal (@SunArsenal) May 29, 2021
Barcelona dan Real Madrid juga dikaitkan mempunyai minat terhadap Sterling. City akan memerlukan dana untuk menyelesaikan pendaftaran mereka sendiri, dengan Sportsmail difahamkan bahawa Jack Grealish yang bernilai £100 juta adalah sasaran pemain tengah No 1 mereka.
https://twitter.com/Pawgba/status/1397536947539783681?s=20
Dalam masa yang sama, City juga sedang memburu kapten England, Harry Kane.
City perlu mengorbankan beberapa pemain bintang mereka untuk mengejar Kane dan Grealish tetapi agak mengejutkan bahawa Sterling juga bakal dilepaskan.