Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berkata kepada sidang media pada hari Sabtu bahawa dia ‘terhibur’ dengan desakan daripada beberapa peminat agar dia dipecat selepas permulaan suram musim ini.
Massimiliano Allegri: “I missed all the rumours ‘Allegri close to being fired’. One bad game and it’s ‘Allegri’s job in danger’ on the press. Funny!” ⚪️⚫️ #Juventus
“I’m confident about our future, so I told the players: don’t ruin me the international break, I need some relax”. pic.twitter.com/DChBM9ZgEm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 17, 2022
“Saya gembira kerana kita bercakap mengenai pemecatan Allegri sekali lagi, saya sangat merinduinya. Saya merinduinya kerana ia menggembirakan saya,” kata Allegri pada sidang media pada malam perlawanan Serie A Ahad di Monza.
“Semua orang membuat kesilapan, saya juga pernah, saya pasti membuat lebih banyak kesilapan daripada orang lain, tetapi sekarang ini kami memerlukan kejelasan,” tambahnya.
Dihimpit kecederaan, Juventus berada di tangga kelapan dalam Serie A dan tewas dua perlawanan pertama dalam Liga Juara-Juara.
“Adalah perkara biasa kita menilai kerja saya dan kakitangan berdasarkan keputusan, tetapi saya yakin dan tenang,” sambung Allegri, yang membawa Juve memenangi lima gelaran Serie A antara 2015 dan 2019, dan dua naib juara dalam Liga Juara-Juara Baca.
Pengurus berusia 55 tahun itu berada dalam tempoh kedua sebagai jurulatih Juventus, dan telah dipecat pada 2019 selepas Juventus tersingkir awal dari Liga Juara-Juara.
Bekas pengurus AC Milan itu kembali ke Turin pada 2021 selepas Juve menghabiskan dua musim yang kurang membanggakan di bawah kendalian Maurizio Sarri dan kemudiannya Andrea Pirlo. Dalam pada masa yang sama, Monza yang baru sahaja naik ke liga utama kini berada di tangga terbawah Serie A dengan satu mata daripada enam perlawanan, dan baru sahaja memecat jurulatih mereka, Giovanni Stroppa.
Juve tidak menang dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara dan mereka berdepan risiko untuk tersingkir di peringkat kumpulan, manakala prestasi liga mereka menyaksikan mereka hanya memenangi dua perlawanan setakat ini.
Oleh sebab itulah muncul dakwaan bahawa langkah pemecatan Allegri sebagai sebahagian daripada penyelesaian.
Bagaimanapun, laporan daripada Tuttosport mendedahkan mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah kelab, dan tiada perancangan untuk memecat pengurus tersebut buat masa ini.