Liverpool sekali lagi berjaya mengalahkan Chelsea dan kali ini adalah dalam perlawanan akhir Piala FA untuk memenangi trofi kedua musim ini.
https://twitter.com/LFC/status/1525545997614694400?s=20&t=ZJvX5WA6nUsIUkn1B9oXqg
Kedua-dua pasukan buntu untuk mendapatkan jaringan dan kedudukan 0-0 berkekalan sehingga 120 minit di Wembley buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan, dan terpaksa ditentukan dengan cara seperti yang mereka lakukan pada final Piala Carabao pada Februari lalu.
Chelsea memenangi undian dan Marcos Alonso mengambil sepakan terlebih dahulu, menghantar Alisson yang tersilap meneka arah sepakannya. James Milner mengambil tanggungjawab untuk pasukan Jurgen Klopp dan turut menjaringkan gol.
Sepakan kapten Blues, Cesar Azpilicueta terkena tiang dan Thiago membalas dengan panenka yang meyakinkan untuk Liverpool mendahului.
Sepakan Reece James terus ke bahagian tengah gagal dibaca oleh Alissom dan Roberto Firmino turut menjaringkan gol.
Ross Barkley, yang dimasukkan hanya untuk penentuan sepakan, tiada masalah untuk menyempurnakan tendangan dan begitu juga Trent Alexander-Arnold.
Jorginho tahu dia perlu menjaringkan gol untuk pasukan Thomas Tuchel dan dia berjaya melakukannya. Sadio Mane mampu melakar kemenangan buat The Reds, tetapi rakan senegaranya Edouard Mendy meneka dengan cara yang betul dan menafikan sepakannya.
Ini bermakna penalti tetap tidak dapat menentukan pemenang selepas lima sepakan yang pertama. Hakim Ziyech mengambil sepakan seterusnya dan dia merembat ke sudut kanan bawah dengan keyakinan, begitu juga Diogo Jota untuk menjadikan kedudukan 5-5.
Keadaan mula berubah apabila sepakan Mason Mount dinafikan oleh Alisson dan ia memberi peluang kepada pertahanan muda Reds, Kostas Tsimikas untuk memastikan kejuaraan.
Dia berjaya menewaskan Mendy untuk memenangi Piala FA pertama Liverpool dalam tempoh 16 tahun.
Keputusan itu bermakna Chelsea kini telah tewas tiga perlawanan akhir Piala FA berturut-turut, sejak 2020.
https://twitter.com/LFC/status/1525546782725390336?s=20&t=ZJvX5WA6nUsIUkn1B9oXqg
Liverpool sepatutnya dapat membolosi Chelsea dengan apabila Mendy terpaksa menyelamatkan percbaan Luis Diaz selepas hantaran Alexander-Arnold yang menarik.
Anak buah Thomas Tuchel memang mempunyai peluang mereka namun percubaan Christian Pulisic, hanya melepasi tiang ketika 23 minit permainan.
Mohamed Salah bergelut untuk membuat impak dan terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan selepas tamat setengah jam.
Liverpool officially most successful club as Manchester United trophies compared after FA Cup win#LFC https://t.co/YX1FjlgSo3
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 14, 2022
Dia digantikan oleh Diogo Jota dan Klopp akan pasti masih bimbang dengan kecergasannya, ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara hanya dua minggu lagi.