EDOUARD MENDY telah dibandingkan dengan Loris Karius selepas kesilapan mudah yang tidak sepatutnya ketika menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara.
‘The new Karius’ – Chelsea goalkeeper Edouard Mendy makes awful mistake to gift Karim Benzema his hat-trick goal https://t.co/EWMZgpMQBC
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) April 6, 2022
Penjaga gol Chelsea yang berusia 30 tahun itu, sudah pun menyaksikan Karim Benzema merobek gawangnya dua kali pada separuh masa pertama – sebelum Mendy menghadiahkan gol hatriknya selepas separuh masa pertama.
Mendy mendapatkan bola di luar kawasan penalti, sebelum membuat hanttaran leret singkat kepada Antonio Rudiger.
Tetapi Mendy telah melakukan kesilapan mudah, apabila hantarannya tidak sampai kepada Rudiger dan dipintas oleh Benzema.
Pemain Jerman itu kemudian cuba melakukan terjahan lemah namun tidak berdaya menyekatnya, meninggalkan Benzema bebas untuk memasukkan bola ke dalam gawang yang tidak dikawal.
Kesilapan ngeri Mendy membuatkan peminat dalam media sosial membandingkannya dengan penjaga gol Liverpool yang seringkali melakukan kesilapan mudah iaitu Loris Karius – yang amat terkenal dengan insiden menghadiahkan Benzema satu gol sangat mudah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018.
Seorang peminat menulis di Tweeter: “Mendy serupa dengan Karius di mata peminat Chessy.”
Sementara yang kedua menulis: “Roh Loris Karius meresap ke dalam diri Mendy.”
Yang ketiga menambah: “Mendy Mempunyai Loris Karius Mutlak Di Sana.”
Benzema, 34, telah membawa Madrid melakukan permulaan yang sempurna pada separuh masa pertama pertembungan suku akhir ini.
Pemain Perancis itu menanduk masuk untuk meletakkan pasukannya mendahului pada minit ke-21, secara sensasi memanfaatkan hantaran silang pemain sayap kiri, Vinicius Jr dan sekaligus melepasi Edouard Mendy.
Dia kemudian mengulangi helah yang hanpir sama hanya beberapa minit kemudian, menyudahkan hantaran Luka Modric melepasi penjaga gol yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Chelsea cuba bangkit sebelum berakhirnya separuh masa pertama, apabila wira final musim lalu iaitu Kai Havertz menjaringkan gol menerusi tandukan setelah menerima hantaran lintang Jorginho.
Tetapi kesilapan Mendy menyebabkan pasukan Thomas Tuchel berada dalam kedudukan sukar, apabila mereka tumbang 3-1 kepada juara Liga Juara-Juara 13 kali itu.