Categories
Bola Sepak

Owen Yakin Luis Diaz Tidak Akan Diturunkan Menentang Manchester City

Michael Owen percaya Luis Diaz akan berada di bangku simpanan dalam pertembungan Liverpool menentang Manchester City pada hari Ahad depan.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp akan menuju ke Etihad dengan hanya satu mata memisahkan mereka dengan pendahulu Liga Perdana itu dengan saingan musim ini hanya berbaki lapan perlawanan sahaja lagi.

Diaz, yang ditandatangani dari Porto pada Januari lalu, telah memainkan peranan penting dalam usaha Liverpool mengurangkan jurang dengan City apabila pemain antarabangsa Colombia itu sekali lagi beraksi cemrlang ketika mereka menundukkan Benfica dalam pertembungan Liga Juara-Juara.

The Reds memperoleh kemenangan 3-1 dalam pertembungan pusingan pertama di Lisbon dengan Diaz bermain selama 90 minit sepenuh masa, manakala Mohamed Salah dan Sadio Mane dikeluarkan awal untuk persediaan pertembungan hari Ahad menentang City.

Dan dengan Jota direhatkan sejak awal, bekas penyerang Liverpool, Owen percaya Diaz akan berpuas hati dengan hanya berada di bangku simpanan hujung minggu ini.

‘Cara Jurgen Klopp menguruskan penggiliran pemainnya mungkin menunjukkan bahawa dia tidak akan bermain,’ Owen memberitahu BT Sport ketika membincangkan sama ada Diaz akan bermula menentang City.

‘Membawa Mohamed Salah, mengeluarkan Sadio Mane, anda akan fikir Jota perlu bermain – dia telah bermain dengan sangat baik dan dia tidak bermain hari ini.”

‘Jadi potensinya adalah tidak. Sebelum perlawanan saya fikir dia akan [bermula menentang City] tetapi berdasarkan situasi ini, menurunkannya dalam perlawanan penuh, saya tidak fikir begitu.’

City memanaskan badan untuk pertembungan tumpuan liga Ahad ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid dalam pertembungan suku akhir pertama mereka dengan Kevin de Bruyne meledak gol tunggal perlawanan.

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *