Terdapat khabar angin baru yang tersebar mengenai masa depan Harry Maguire. Pemain pertahanan itu dilaporkan mahu kembali ke pangkuan Leicester City musim depan.
Leicester City are reportedly eyeing a sensational return for Harry Maguire
Follow the latest #MUFC news below⬇️https://t.co/MqYhA1dohk
— Man United News (@ManUtdMEN) April 2, 2023
Pada 2019, MU membeli Maguire dari Leicester City. The Red Devils ketika itu memecahkan rekod pembelian apabila Maguire menjadi pemain pertahanan termahal dunia dengan harga 80 juta pound.
Pernah menjadi tonggak utama MU sebelum ini, Maguire bagaimanapun telah kerapkali ditempatkan di bangku simpanan oleh Erik Ten Hag musim ini. Dia tidak mampu menyaingi kedudukan Raphael Varane dan Lisandro Martinez sebagai nadi pertahanan MU.
The Sun melaporkan bahawa Maguire mungkin akan meninggalkan MU pada musim panas. Dia dilaporkan mahu kembali menyarung jersi Leicester City.
Menurut laporan itu, Maguire kini serius mempertimbangkan untuk kembali memperkuatkan Leicester City.
Pemain pertahanan itu mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan The Foxes. Dia merasakan dia telah berkembang pesat sejak bermain di Leicester City.
Di samping itu, dia fikir dia akan mendapat masa bermain yang tetap di Leicester. Itulah sebabnya dia menjadikannya sebagai keutamaan untuk kembali ke Stadium King Power pada musim panas ini.
Hasrat Maguire untuk kembali ke Leicester City bukanlah bertepuk sebelah tangan apabila Leicester juga didakwa mahu merekrut pemain pertahanan itu kembali.
Mereka memerlukan bek tengah yang mantap dalam pasukan mereka dan Maguire dianggap mampu mempunyai ciri-ciri yang sepadan untuk The Foxes.
Leicester sendiri dilaporkan tidak mungkin dapat membeli Maguire dengan segera. Mereka akan cuba meminjamnya untuk satu musim dengan pilihan pembelian tetap.
Laporan itu mendakwa bahawa MU memang mahu berpisah dengan Maguire pada musim panas.
Bagaimanapun, The Red Devils lebih mengutamakan menjual pertahanan pasukan kebangsaan England itu secara tetap daripada meminjamkannya ke kelab lain.