Sejarah tercipta semasa perlawanan Arsenal menentang Brentford apabila pemain muda Gunners, Ethan Nwaneri menjadi pemain termuda yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Ethan Nwaneri becomes the youngest player ever to play in the Premier League at 15 years and 181 days old 🤯 pic.twitter.com/pQtBmT6SSE
— GOAL (@goal) September 18, 2022
Nwaneri berusia hanya 15 tahun dan 181 hari menggantikan pemain yang baru dibeli pada musim panas, Fabio Vieira pada masa kecederaan ketika pasukan Mikel Arteta melakar kemenangan 3-0 ke atas Bees di Stadium Komuniti Gtech.
Rekod sebelum ini dipegang oleh Harvey Elliott dari Liverpool, yang membuat penampilan sulung di Liga Perdana bersama Fulham ketika berusia 16 tahun 30 hari.
Nwaneri mendapati dirinya mempunyai peluang untuk menarik perhatian Arteta selepas kecederaan beberapa pemain pasukan utama Arsenal.
Bos The Gunners itu berkata sebelum perlawanan menentang Brentford: “Kami mempunyai peluang untuk membawa pemain muda.”
“Kami agak singkat dan peluang datang apabila ada isu yang timbul.”
Nwaneri, yang dilahirkan pada 2007, telah membuat beberapa penampilan untuk pasukan U-18 Arsenal ketika dia baru berusia 14 tahun.
Dia juga pernah bermain untuk England di peringkat B-16.
Dalam perlawanan menentang Brentford, Arsenal mempamerkan aksi cemerlang ketika mereka kembali ke puncak Liga Perdana dengan kemenangan selesa.
Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan selepas kekalahan yang mengecewakan dengan skor 3-1 di tangan Manchester United sebelum ini.
William Saliba dengan baik menanduk bola masuk berpunca dari sepakan sudut pada minit ke-17 untuk memberi pendahuluan kepada pasukan Arteta.
Ayam tambatan The Gunnners, Gabriel Jesus menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-28 dan The Gunners memasuki masa rehat dengan kelebihan dua gol.
Pada separuh masa kedua, Arsenal terus mendominasi apabila Brentford kelihatan lesu. Vieira menjaringkan gol menakjubkan pada penampilan sulung penuh Liga Perdana pada minit ke-49 untuk memberi kemenangan mutlak tanpa sebarang keraguan.
Selepas perlawanan Jesus menyatakan kegembiraannya.
Pemain Brazil itu berkata: “Dari awal kami menunjukkan apa yang kami mahu lakukan dalam permainan, mencipta peluang dan menjaringkan gol. Itulah yang saya percaya kami lakukan.”
“Dia menemui saya untuk menjaringkan gol dan saya sangat gembira bermain dengannya, dia seorang pemain yang bijak dan berkualiti.”
“Sambutan itu adalah untuk lelaki saya Vinicius Jnr, ia perlu dihentikan dan ia adalah untuknya.”