Liverpool bangkit daripada kekalahan di Old Trafford dengan menjaringkan 9 gol menentang Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana minggu ini, namun pengurus The Reds Jurgen Klopp tidak mahu leka dengan keputusan ini.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1563569806334312448?s=20&t=01_2JLs7zfsra3L1x3BrPQ
Liverpool menerima kunjungan Bournemouth pada minggu keempat Liga Perdana 2022/23. Bermain di Anfield, The Reds meraih kemenangan mutlak menerusi sembilan gol tanpa balas.
Daripada jumlah sembilan gol itu, Luis Diaz dan Roberto Firmino masing-masing menyumbang dua gol. Selain itu, The Reds turut mendapat gol daripada Harvey Elliott, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Fabio Carvalho, serta gol sendiri daripada Chris Mepham.
Kemenangan ini melonjakkan kedudukan Liverpool dalam carta kedudukan Liga Perdana. The Reds kini berada di kedudukan kelapan dengan kutipan lima mata daripada empat perlawanan.
Klopp tentu sekali amat dengan kemenangan yang dicatatkan Liverpool ke atas Bournemouth. Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Jerman tersebut tidak mahu berbangga dengan keputusan itu.
“Sekurang-kurangnya kami tidak perlu menjawab sebarang soalan lagi [tentang tidak menang]. Hari yang sangat baik untuk kami. Kami tidak akan terbawa-bawa,” kata Klopp seperti yang dipetik oleh BBC.
Saingan Liga Perdana masih sangat panjang. Justeru, Jurgen Klopp menuntut pasukannya mengekalkan konsistensi selepas memenangi kemenangan pertama musim ini.
“Jika kami mahu berjaya dalam liga ini, kami perlu menunjukkan konsistensi.”
“Itulah yang perlu kami lakukan sekarang. Itulah kekuatan kami sebelum ini.”
Liverpool seterusnya akan menentang Newcastle yang tidak pernah tewas dalam Liga Perdana setakat musim ini, yang akan dijadualkan pada Rabu ini.
“Kami akan menonton Newcastle esok dan melihat apa yang boleh kami lakukan terhadap mereka.”