Alan Shearer percaya penyerang Chelsea, Armando Broja akan mengambil masa untuk membuktikan dirinya sebagai penyerang utama pasukan musim ini.
Alan Shearer: "I think they’ve made some very good signings. But, like Everton, there is no doubt that Chelsea need that [centre] forward as well. I know they’ve got [Armando] Broja, but it might take time for him."
— Vince™ (@Blue_Footy) August 7, 2022
The Blues kini berada di tengah-tengah krisis pilihan penyerang . Mereka telah menyaksikan Romelu Lukaku dan Timo Werner meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini untuk kembali ke bekas kelab mereka, Inter Milan dan RB Leipzig Lukaku telah pergi secara pinjaman manakala Werner telah menyertai pasukan Bundesliga dengan perjanjian tetap.
Shearer percaya bahawa menandatangani penyerang tengah baharu adalah satu kemestian untuk pasukan kendalian Thomas Tuchel. Ini disebabkan Armando Broja masih tidak bersedia untuk mengetuai serangan musim ini.
Bercakap pada Match of The Day (melalui Chronicle Live), Alan Shearer berkata:
“Saya rasa mereka telah membuat beberapa pembelian pemain yang sangat bagus. Tetapi seperti Everton, tidak ada keraguan bahawa Chelsea juga memerlukan penyerang [tengah].”
“Saya tahu mereka mempunyai [Armando] Broja tetapi ia mungkin mengambil masa untuknya, dan dalam pada itu, mereka telah kehilangan [Romelu] Lukaku, mereka perlu [membawa masuk] penyerang tengah.”
Pasukan Thomas Tuchel menentang Everton dalam perlawanan pembukaan musim ini (6 Ogos) dan memperoleh kemenangan tipis 1-0 menerusi sepakan penalti yang dijaringkan oleh Jorginho.
Dalam permainan itu, pakar taktik dari Jerman itu menggunakan tiga barisan hadapan yang terdiri daripada Mason Mount, Kai Havertz dan pemain baru Raheem Sterling. Armando Broja dibawa masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua tetapi gagal memberi sebarang impak.
Broja telah dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton pada musim 2021-22. Pemain antarabangsa Albania itu menjaringkan sembilan gol dan memberikan bantuan untuk Saints dalam 38 penampilan di semua pertandingan. Enam daripada gol tersebut dijaringkan dalam Liga Perdana.
Chelsea masih dalam pencarian untuk menandatangani penyerang baharu musim panas ini untuk menggantikan Werner ataupun Lukaku. Bagaimanapun sehingga kini, The Blues masih gagal untuk membawa masuk penyerang baharu.
Pasukan Tuchel telah dikaitkan dengan beberapa penyerang musim panas ini. Mereka dikatakan berminat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut gagal menjadi kenyataan apabila penyerang Poland itu kemudiannya telah menandatangani kontrak dengan FC Barcelona.
Chelsea kini dilaporkan sedang mengejar bekas penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. Menurut Sky Sports, Chelsea boleh mendapatkan penyerang Gabon itu bersama-sama dengan Frenkie de Jong jika pasukan Catalan itu membenarkan kedua-dua pemain itu pergi pada jendela yang sedang berlangsung.