Paul Pogba telah menyelar Manchester United dalam dokumentari baharunya, dengan menyatakan bahawa kelabnya itu ‘tidak mengambil berat’ tentang perasaannya.
The Pogmentary, kini telah tersedia untuk ditonton di Amazon Prime Video.
🚨 Paul Pogba documentary shows him and Mino Raiola turning down 'nothing' £300,000-a-week offer from Man United. pic.twitter.com/Bc6mtOX0Bm
— SPORTbible (@sportbible) June 16, 2022
Dalam episod pertama siri yang mempunyai lima bahagian itu, Pogba divideokan berada di rumah bersama peguamnya, Rafaela Pimenta dan kedua-duanya sedang berbual dengan mendiang ejennya, Mino Raiola melalui panggilan video.
Ketika itu, Pogba sedang menuju ke tahun terakhir kontraknya di Old Trafford dan nampaknya dia kelihatan tidak berpuas hati.
Ketika membincangkan masa depannya dengan peguam serta ejennya, pemain tengah Perancis itu menuduh Manchester United tidak mempedulikan perasaannya.
Raiola memberitahu Pogba bahawa kelab ‘benar-benar’ mahu mengekalkannya, kamera kemudian beralih kepada video Pogba yang bercakap sendiri tentang perasaannya di kelab.
Dia berkata: “Ini semua untuk pemain, pemain perlu berasa bahawa diri mereka ada kepentingan di dalam kelab. Dan mereka perlu berasa penting dalam pasukan. Jika anda tidak mempunyai perkara itu, ia sudah berakhir.”
Pogba kemudian ditanya apa yang menggembirakannya.
Dia berkata: “Untuk berada dalam projek yang saya terlibat di dalamnya.”
“Di sini, saya kembali daripada kecederaan, mereka tidak membantu saya, mereka tidak peduli perasaan saya jadi saya terpaksa pergi ke pasukan kebangsaan untuk mendapatkan semula keyakinan saya.”
Laporan terbaru ini pasti akan menyedihkan penyokong United lebih-lebih lagi selepas ia didedahkan pada awal minggu, sebelum dokumentari itu dikeluarkan, bahawa Pogba menganggap tawaran besar yang diberikan kepadanya iaitu sekitar £300,000 sebagai ‘tiada apa-apa’.
Apabila diberitahu mengenai tawaran daripada ejennya itu, Pogba memberikan jawapan yang mengejutkan.
Dia berkata: “Mereka semua menipu.”
“Bagaimana anda boleh memberitahu pemain anda benar-benar mahukannya dan tidak menawarkan apa-apa kepadanya? Tidak pernah dilihat terjadi.”
United telah mengumumkan pemergian Pogba bulan lalu dan dia dijangka akan kembali ke pangkuan gergasi Itali, Juventus buat kali kedua. Sepanjang tempohnya di kelab Turin itu, Pogba memberikan persembahan terbaiknya yang menjadi punca dia berpindah semula ke United dengan harga £89 juta tetapi tempoh keduanya bersama Red Devils telah berakhir dengan begitu pahit.
Paul Pogba: “My thought process is to show Manchester United that they made a mistake in waiting to give me a contract”, on the Pogmentary via @TheAthleticUK. 🚨📑 #MUFC
“How can you tell a player you absolutely want him and offer him nothing? I’ve never seen that”. pic.twitter.com/e8ywMiO2g8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 16, 2022
Sepanjang dua kali menyarung jersi United, Pogba membuat 233 penampilan untuk United di semua pertandingan, menjaringkan 39 gol secara keseluruhan. Dia kini akan mencari permulaan yang baru kerana dia ingin mengembalikan semula prestasi terbaiknya menjelang Piala Dunia 2022 yang akan bermula di Qatar pada tahun ini. Negaranya, Perancis adalah juara bertahan.