Categories
Bola Sepak

Michael Owen Dakwa Liverpool Telah Mencari Pemain Yang Salah

Michael Owen baru-baru ini menyatakan bahawa Liverpool telah tersilap sasaran, apabila mereka didakwa sedang berusaha untuk mendapatkan tandatangan Kalvin Phillips, dengan mencadangkan The Reds seharusnya fokus untuk mendapatkan sama ada Jude Bellingham atau Declan Rice.

Pada masa ini, Liverpool dan Manchester City kedua-duanya bersedia untuk bersaing mendapatkan khidmat Phillips, dengan pemain tengah Leeds dan juga England itu juga sedang diburu oleh beberapa kelab terkemuka Eropah.

Bagaimanapun, The Mirror telah melaporkan bahawa bekas bintang Liverpool, Owen sebaliknya menasihatkan Klopp untuk mengalihkan perhatian kepada Bellingham dan Rice. Pemain tengah yang dia percaya ‘dalam liga mereka sendiri,’.

Bellingham sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool, apabila Klopp secara terus-terang mengagumi pemain sensasi berusia 18 tahun itu. Pemain tengah itu telah dibandingkan dengan Steven Gerrard oleh banyak pihak, dengan Owen pergi sejauh ini untuk mengatakan bahawa dia mempunyai keupayaan untuk menjadi ‘salah seorang pemain terbaik’ yang pernah dibangunkan England.

Potensi pemergian Naby Keita akan menjadikan Liverpool memerlukan seprang pemain tengah gantian pada jendela perpindahan musim panas ini dan Rice mungkin adalah pengganti itu.

Pemain berusia 23 tahun itu kini merupakan salah satu prospek paling menarik dalam Liga Perdana, setakat ini telah mengumpul 30 caps untuk England. Bukan sahaja Rice mampu menggantikan Keita, tetapi dia juga akan menjadi pengganti jangka panjang kepada Jordan Henderson yang kini sudah berusai 31 tahun dan mempunyai hanya beberapa musim sahaja lagi.

Sesiapa sahaja yang ditandatangani oleh Liverpool sama ada Phillips, Rice dan Bellingham, The Reds pastinya akan memperoleh pemain yang hebat. Kesemua 3 pemain ini masih berumur di bawah 25 tahun, dan semuanya adalah penyumbang dalam kejayaan England mara ke final Euro.

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *