Categories
Bola Sepak

Xhaka Selar Rakan Sepasukan Kerana Tidak Mengikut Arahan Jurulatih

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka telah memberikan penilaian yang jujur terhadap pasukannya selepas kekalahan 2-0 mereka kepada Newcastle United pada hari Isnin, 16 Mei.

The Gunners tewas kepada pasukan Eddie Howe dan jelas didominasi sepanjang perlawanan, bermakna harapan mereka untuk menamatkan musim di kelompok empat teratas kini amat tipis.

Kekalahan itu bermakna mereka kini ketinggalan di belakang Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan keempat dengan dua mata menuju ke perlawanan terakhir musim ini.

Mereka perlu menang dalam perlawanan terakhir dan perlu mengharapkan untuk Spurs kalah. Andainya pasukan Antonio Conte seri bermakna harapan The Gunners juga tipis kerana jumlah defisit 14 gol.

 

Xhaka telah mengecam rakan sepasukannya kerana prestasi buruk mereka dalam kekalahan kepada Newcastle, berkata (melalui Telegraph):

“Kami datang ke sini untuk menunjukkan permainan berbeza tetapi dari minit pertama hingga minit ke-90 kami tidak layak berada di atas padang hari ini.”

“Kami tidak melakukan apa yang dirancang, kami tidak mendengar kata jurulatih. Ia adalah bencana prestasi.”

”Sangat sukar untuk menerimanya pada masa ini. Saya tidak tahu mengapa kami tidak melakukan apa yang jurulatih arahkan kepada kami.”

Pemain tengah Switzerland itu kemudiannya merujuk kepada umur pemain dalam skuad Arsenal.

Dia mendakwa tidak kira berapa umur mereka, mereka perlu bersedia untuk perlawanan yang begitu penting:

“Saya tidak tahu. Jika seseorang tidak bersedia untuk permainan ini, maka duduk di rumah. Tidak kira umur.”

”Anda boleh berumur 30, 35, anda boleh 10, anda boleh 18. Jika anda tidak bersedia atau gementar, duduklah di bangku simpanan atau duduk rumah jangan datang ke sini.”

“Kami memerlukan pemain yang memiliki bola, maaf untuk mengatakannya, yang boleh datang ke sini dan bermain. Sangat menyedihkan. Benda Yang penting adalah untuk tidak menerimanya.”

”Menyedihkan buat penyokong Arsenal. Saya minta maaf kepada mereka. Saya tidak mempunyai perkataan lain.”

 

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *