Categories
Bola Sepak

Pep Guardiola Tidak Akan Menangi UCL Kerana Sumpahan Dukun Afrika

Penyokong Manchester City pasti tertanya-tanya sama ada adakah pasukan mereka benar-benar terkena sumpahan apabila bersaing di Liga Juara-Juara.

City berputih mata sekali lagi untuk meraih trofi yang sudah lama mereka impikan apabila disingkirkan Real Madrid pada malam Rabu, tewas pada aksi separuh akhir kedua 3-1 di Bernabeu untuk keluar dari saingan dengan kekalahan agregat 6-5.

Skuad kendalian Pep Guardiola pada mulanya kelihatan seperti sudah berada di landasan tepat untuk mara ke perlawanan  akhir selepas jaringan Riyad Mahrez meletakkan mereka 1-0 mendahului pada malam itu, dan  5-3 secara agregat.

Tetapi dua gol lewat dramatik daripada pemain gantian Madrid, Rodrygo memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum Karim Benzema memastikan kemenangan buat pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti.

Kini sudah 11 tahun sejak kali terakhir Guardiola memenangi Liga Juara-Juara semasa di Barcelona.

Walaupun Pep telah melatih kelab terbesar di Jerman iaitu Bayern Munich, dan kini kelab terkaya di England sejak dia meninggalkan Nou Camp, namun trofi terbesar Eropah masih gagal dimenangi.

Adakah kerana Guardiola terlalu memikirkan taktiknya dalam perlawanan besar Eropah? Jawapannya adalah tidak menurut bekas ejen Yaya Toure, Dimitriy Seluk, yang mempunyai penjelasan lain: sumpahan dukun Afrika.

Komen Seluk pada tahun 2018 kembali diperkatakan, apabila dia mendakwa jurulatih Catalan itu menimbulkan kemarahan “seluruh Afrika” dengan meletakkan pemain antarabangsa Ivory Coast itu di bangku simpanan semasa tahun terakhirnya di City.

“Dia [Guardiola] mengubah seluruh Afrika menentang dirinya, ramai peminat Afrika berpaling dari Manchester City,” kata Seluk.

“Dan saya pasti ramai bomoh Afrika pada masa hadapan tidak akan membenarkan Guardiola memenangi Liga Juara-Juara.”

“Ini adalah sumpahan Afrika untuk Guardiola. Kehidupan akan menunjukkan sama ada saya betul atau tidak.”

Banyak yang perlu dibongkarkan di sana. Bomoh, yang bermegah kuasa boleh menimbulkan semangat baik atau jahat, pastinya tidak sanggup menafikan kejayaan domestik gemilang Guardiola ke mana sahaja dia pergi. Tetapi Seluk berkeras.

“Hakikat Guardiola menamatkan karier Yaya di Manchester City bukanlah satu kesilapan, tetapi satu jenayah,” tambahnya.

“Tetapi bumerang akan datang kembali, Pep.”

“Anda masih akan melihat apa itu bomoh Afrika. Ingat ini selalu.”

Toure dan Guardiola mempunyai hubungan yang kadang-kadang renggang, walaupun mereka berjaya bersama.

Pemain Ivory Coast itu diturunkan dalam kemenangan final Liga Juara-Juara pertama Pep pada 2009, mengisi bahagian pertahanan tengah untuk kemenangan 2-0 ke atas Manchester United.

Bagaimanapun pada 2010 dia meninggalkan Barca untuk menyertai Man City dan tidak mempunyai kenangan terindah dengan bekas jurulatihnya.

Toure menjadi lagenda City kerana kecemerlangannya di bahagian tengah menyerang semasa di Man City tetapi pada 2016, kedua-duanya bergandingan semula apabila Guardiola tiba di kelab itu.

Toure beraksi dengan agak kerap semasa musim pertama Guardiola di Manchester, tetapi merupakan pemain yang tidak banyak bermain semasa 2017/18 dan dibenarkan meninggalkan kelab pada penghujung musim, yang nampaknya menimbulkan kemarahan ejen pemain itu dan – jika benar apa yang didakwa oleh Seluk adalah betul – sebabnya adalah bomoh Afrika.

Walaupun kutukan itu mungkin nyata atau tidak, Guardiola dan City perlu menunggu setahun lagi untuk meraih kejayaan dalam Liga Juara-Juara.

 

 

 

 

 

 

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *