Jurulatih berusia 41 tahun itu kelihatan seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada pemain Al-Sadd selepas perlawanan liga pada hari Rabu.
Xavi after the game tonight pic.twitter.com/u07WoGIjmB
— Siempre Positivo (@SiemprePod) November 3, 2021
Xavi juga turut dilaporkan telah menggesa kelab semasanya untuk membenarkan dia pergi dan mengambil alih pekerjaan sebagai pengurus Barcelona.
Eksekutif Barcelona telahpun berada di Doha pada hari Rabu untuk bertemu dengan pegawai Al-Sadd untuk melakukan rundingan berkaitan dengan Xavi, yang telah dikenal pasti sebagai pilihan utama Barca untuk mengambil alih kerusi kosong yang ditinggalkan Ronald Koeman.
🚨🚨[ @totcosta ] | Xavi: “I’m talking to Barça and everything’s ready. I’m excited to go home.” #FCBlive ✅🔥 pic.twitter.com/YfT85A9SR4
— BarçaTimes (@BarcaTimes) November 3, 2021
Sementara Al-Sadd mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka berhasrat untuk mengekalkan Xavi, jurulatih berusia 41 tahun itu kini telah menyatakan hasratnya untuk “pulang” ke kelab yang pernah dia wakili selama 17 musim.
“Saya telah bercakap dengan Barca selama beberapa hari, ia telah selesai,” kata Xavi selepas Al-Sadd seri dengan Al-Duhail 3-3 dalam perlawanan Liga Bintang Qatar pada hari Rabu.
“Tetapi sekarang ia bergantung kepada perbincangan antara kelab, mereka perlu mencapai kata sepakat. Barca akan datang untuk berbincang, kami semua tidak sabar-sabar dan teruja. Kami akan lihat jika ianya disepakati.”
“Saya benar-benar mahu pulang. Saya harap ia berlaku. Saya mempunyai kontrak dan kini kelab perlu berunding. Mereka sudah tahu kedudukan saya.”
❤️💙 XAVI IS COMING HOME 💙❤️ pic.twitter.com/V1AzEsNmTF
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) November 2, 2021
Kapten Al-Sadd Abdelkarim Hassan kelihatan pasrah dengan pemergian pengurusnya, berkata selepas perlawanan: “Semua orang sedih kerana pemergian Xavi, tetapi dia akan melatih pasukan besar seperti Barcelona.”
“Xavi telah menyampaikan idea baharu kepada bola sepak Qatar dan pemain Al-Sadd dan membantu kami sebagai pemain dan jurulatih yang hebat, dan ideanya membawa kami mencapai banyak kejayaan walaupun menerima kritikan. Kami akan sangat merinduinya.”
https://twitter.com/Silverfutbal/status/1455944548186742800?s=20
Selepas perlawanan hari Rabu, Xavi memastikan dia berjabat tangan dengan semua pemainnya dan pengadil, dalam apa yang boleh diistilahkan sebagai perpisahan.
Laporan sebelum ini turut mengatakan bahawa kedua-dua kelab itu sudah menghampiri persetujuan untuk Xavi mengambil alih Barca.
Al-Sadd bagaimanapun kemudiannya mengeluarkan kenyataan berkata: “Kami komited untuk mengekalkan Xavi bersama kami dan kami tidak boleh meminta dia pergi pada masa sensitif musim ini.”
Namun begitu, Xavi kini nampaknya cuba untuk memaksa keputusan Al-Sadd. Sekiranya perjanjian itu selesai, Xavi boleh meninggalkan Qatar minggu depan dengan perlawanan pertama yang akan dikendalikannya adalah pada 20 November menentang Espanyol.