Masalah kewangan Barcelona dijangka semakin memburuk dalam beberapa minggu mendatang, apabila Liverpool akan mendapat bayaran tambahan £ 17 juta berikutan klausa yang ditandatangani ketika penjualan Phillipe Coutinho pada Januari 2018.
Pemain antarabangsa Brazil itu semakin menghampiri 100 penampilan bersama Barca, dan Daily Star melaporkan bahawa pasukan Sepanyol terikat dengan perjanjian yang akan menyaksikan mereka perlu mengeluarkan bayaran tambahan berjumlah 17 juta pound atau 20 juta euro kepada kelab Merseyside.
Ini adalah perkembangan terbaru dalam situasi kewangan yang semakin meruncing buat gergasi La Liga itu, ketika hutang mereka kini telahpun mencecah 1.35 billion Euro.
Barça will have to pay another €20M for Coutinho to Liverpool if he plays 100 matches for the club. Currently, he's played 90. #FCB #LFC [Sport] pic.twitter.com/6oZOMBiwkP
— Football Talk (@FootballTalkHQ) September 9, 2021
Coutinho kini sudahpun membuat 90 penampilan dan dijangka penampilannya bersama Barcelona akan mencapai angka 100 ketika anak buah Ronald Koeman menghadapi Rayo Vallecano pada 27 Oktober ini.
Adalah adil untuk mengatakan bahawa peminat masih kecewa dengan pencapaian pemain berusia 29 tahun di Camp Nou, yang telah menyaksikannya menjaringkan hanya 23 gol dalam 90 penampilan sehingga kini.
Barcelona's top three most expensive signings 💰
🇧🇷 Philippe Coutinho – €160m
🇫🇷 Ousmane Dembele – €147m
🇫🇷 Antoine Griezmann – €120m pic.twitter.com/Tqz8y3Y607— GOAL (@goal) September 1, 2021
Selepas dia menghabiskan separuh kedua musim 2017/18 dengan sembilan gol dalam 22 penampilan, bekas pemain tengah Reds itu bergelut dalam musim penuh pertamanya – mencatatkan hanya 11 gol dalam 53 perlawanan, tetapi Barcelona masih berjaya memenangi La Liga kali kedua bersamanya.
Dia kemudiannya menuju Jerman untuk mencipta kejayaan dengan Bayern Munich pada 2019/20, memenangi treble termasuk Liga Juara-Juara, sebelum kembali ke Sepanyol dan mengalami kecederaan lutut yang serius menjelang kepulangannya pada bulan lalu.
Koeman berharap Coutinho akan pulih dengan cepat setelah melihat pilihan di barisan serangannya semakin berkurangan selepas pemergian Lionel Messi dan Antoine Griezmann.
Pemain yang baru tiba musim panas Memphis Depay telah meredakan kebimbangan tersebut setelah menjaringkan dua gol dalam tiga penampilan pertamanya di liga, sementara masih banyak yang diharapkan daripada pemain remaja Ansu Fati, yang telah mengambil jersi nombor 10 peninggalan Lionel Messi.