Mikel Arteta tidak mahu dengan mudah menafikan peluang Arsenal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan. Masih ada dua jalan yang terbuka dan yang boleh diperjuangkan.
Jalan pertama adalah di Liga Perdana Inggeris, dengan menduduki tempat empat teratas. Masalahnya sekarang ialah Arsenal berada di tempat ke-11, 11 mata di belakang pasukan di tangga keempat, satu jarak yang agak jauh namun ianya tidak mustahil.
Jalan kedua adalah dalam pertandingan lain, iaitu dengan memenangi Liga Europa.
Minggu ini Arsenal akan meneruskan usaha untuk layak ke pusingan 16 terakhir jika menewaskan Benfica.
Sekiranya kedua-duanya dipertimbangkan, Arsenal lebih cenderung untuk kembali ke Liga Juara-Juara melalui Liga Europa.
Arsenal dijangka tidak akan bermasalah untuk menewaskan Benfica di pusingan 32 terakhir.
Walaupun sebelum ini pada perlawanan pertama berkesudahan dengan 1-1, yang bermaksud bahawa peluang kedua-dua pasukan masih seimbang, The Gunners tetap menjadi pilihan.
Perlawanan akan dilangsungkan di Karaiskakis Stadium, Greece berikutan wabak pandemik.
Ketika ditanya mengenai adakah Liga Europa adalah satu-satunya jalan kembali ke Liga Juara-Juara, memandangkan kedudukan Arsenal ketika ini di Liga Perdana, Arteta menjawab dengan yakin.
“Saya rasa selagi ada perkiraan, dalam bola sepak anda harus mencuba yang terbaik,” kata Arteta di Arsenal.com.
”Kami akan cuba melakukanny di saingan liga.”
Ini bermakna Arteta tidak mahu menolak kemungkinan untuk menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana.
Pada masa yang sama Arsenal akan melakukan yang terbaik dalam Liga Europa, semuanya akan berjalan beriringan.
“Memang di Liga Europa, anda mendapat jalan yang berbeza dan ini adalah pertandingan yang kami ingin teruskan dan cuba untuk menang,” sambung Arteta.
“Esok [ menentang Benfica] adalah peluang lain untuk terus maju. Semakin baik kita berada di Liga Europa, semakin baik prestasi kita di liga, dan sebaliknya,” tambahnya.