Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menang ke atas Sheffield United 2-1 dan kembali berada di landasan kemenangan dalam saingan Liga Perdana.
Jaringan daripada sepakan penalti Sander Berge menjadikan Blades mendahului pada minit ke-13 di Anfield tetapi The Reds kembali menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat masa pertama menerusi jaringan Roberto Firmino yang merupakan jaringan pertamanya pada musim 2020-21.
Dan setelah jaringan Mohamed Salah dibatalkan oleh VAR kerana offside, Diogo Jota memecah kebuntuan dengan tandukan yang sangat klinikal hasil assist daripada Sadio Mane.
Hasil kemenangan itu menjadikan skuad Jürgen Klopp mengumpul 13 mata daripada enam perlawanan dan meneruskan rentak kemenangan yang mereka raih di saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu lalu.
Alisson Becker kembali membuat penampilan pertama sejak 28 September setelah baru pulih dari kecederaan tulang selangka.
Kali ini juga menyaksikan kali pertama Jordan Henderson dan Jota digandingkan ketika Liverpool membuat tiga perubahan berbanding menentang AFC Ajax pada hari Rabu.
Kembali beraksi di halaman sendiri setelah lebih dari tiga minggu lagi, The Reds bermula dengan baik dan dua kali berpeluang menjaringkan gol dalam tiga minit pembukaan.
Pertama, hantaran Andy Robertson melepasi belakang pertahanan lawan dan sampai kepada Sadio Mane ketika Aaron Ramsdale sudah meninggalkan gawang, dia mendorong bola ke arah Salah yang menunggu di tengah, tetapi diselamatkan oleh John Egan.
Trent Alexander-Arnold kemudian mencuba nasib dari kawasan garis tengah padang, melakukan percubaan jarak jauh yang memaksa Ramsdale untuk menampan bola melepasi palang.
Namun, perkara yang agak mengejutkan berlaku selepas itu .
Bentesan yang agak lembut daripada Fabinho terhadap Oliver McBurnie yang pada awalnya dilihat sedikit di luar kawasan penalti, tetapi tinjauan VAR mengubah keputusan menjadi penalti, walaupun terdapat bantahan tuan rumah.
Berge menjaringkan gol dengan sepakan ke sebelah kanan pintu gol ketika Alisson bergerak ke arah lain.
Tetapi Liverpool berjaya kembali menjadikan kedudukan seimbang sebelum masa rehat.
Tandukan daripada Sadio Mane gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Sheffield dan pantas disambar oleh Firmino yang berada di kedudukan yang sangat tepat pada ketika itu.
Separuh masa kedua bersambung dan agak mengecewakan Liverpool apabila cubaan daripada Salah terlalu tinggi ketika Liverpool berusaha untuk terus mengasak dan mengawal permainan.
Permainan ini kembali hidup dan sengit sejak minit ke-60, apabila Joe Gomez harus membuat halangan yang tepat pada masanya ketika pemain gantian Sheffield United, Oliver Burke menewaskan Fabinho dan bergerak di sebelah kiri untuk melakukan rembatan.
Hantaran tinggi daripada Alexander-Arnold ke dalam kawasan Blades berjaya disempurnakan oleh Salah, yang dikendalikan dengan satu sentuhan . Tetapi VAR membuat keputusan untuk mengesahkan pemainNo.11 itu di dalam kedudukan offside.
Hanya dua minit kemudian, sebenarnya, Mane membuat cross daripada sebelah kiri dan disudahkan oleh Jota dengan tandukan yang sangat tepat ke sudut kanan pintu gol untuk meletakkan The Reds mendahului 2-1.
Kemenangan ini menjadikan Liverpool berada di tangga kedua dalam carta liga di belakang Everton yang masih kurang satu perlawanan.