Barcelona akan menjadi tuan rumah kepada Real Madrid di Camp Nou esok untuk edisi terbaru El Clasico.
Salah satu derbi paling terkenal di seluruh dunia, El Clasico akan menemukan dua kelab terbesar di dunia, dengan beberapa pemain terbaik di dunia bermain untuk kedua-dua kelab.
Persaingan, dalam beberapa tahun terakhir, sering dilihat sebagai pertarungan antara dua pemain terhebat di dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dijangka akan mempamerkan pertempuran sengit dan bola sepak tahap tinggi yang menyebabkan perlawanan antara dua kelab ini akan menjadi tumpuan semua peminat bola sepak.
Ronaldo kini telahpun meninggalkan Real Madrid, tetapi Messi tetap berada di Barcelona. Walaupun kedua-dua kelab tidak berada pada tahap terbaik pada masa ini, El Clasico tetap berpotensi menjadi penentu kejuaraan.
Melihat kepada beberapa masalah Barcelona dalam beberapa bulan terakhir, ada 5 faktor mengapa Real Madrid akan mungkin akan mengatasi Barcelona pada pertemuan kali ini.
# 5) Real mempunyai skuad yang lebih serasi
Zinedine Zidane kini berada di musim kedua dan kali kedua sebagai pengurus Real Madrid. Semasa musim pertamanya 2016-2018, pemain Perancis itu berjaya merangkul tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut.
Setelah mengambil alih sekali lagi pada tahun 2019, struktur dan inti skuad tetap serupa. Sergio Ramos, Toni Kroos, Casemiro, Luka Modric dan Karim Benzema adalah pemain penting sepanjang penggal pertama Zidane dan mereka terus kekal seperti sekarang. Mereka semua menyedari bagaimana taktikal yang Zidane terapkan dan lebih memahami.
Barcelona, sebaliknya, telah memasuki era baru di bawah pengurusan Ronald Koeman. Gaya permainan yang diterapkan jurulatih Belanda tidak terkenal dengan keluasannya. Walaupun ada hasil yang positif positif pada peringkat awal, namun masih banyak kerja perlu dilakukan dan penyesuaian terhadap kaedah Koeman dan ianya akan memakan masa.
# 4 pertahanan Barcelona
Walaupun kedatangan Ronald Koeman tentunya memberikan kesan positif pada struktur pertahanan yang huru-hara musim lalu, masalah masih ada dengan beberapa individu di dalam skuad Barcelona.
Gerard Pique dan Clement Lenglet yang semakin tua masih kekal sebagai gandingan pertahanan tengah utama Barcelona. Jordi Alba tidak tersedia untuk permainan ini, jadi kemungkinan pemain muda Sergino Dest dapat membuat debut El Clasico pada esok.
Walaupun ketiadaan Eden Hazard dan Martin Odegaard, pilihan menyerang Real Madrid termasuk Karim Benzema, Rodrygo, Vinicius Jr. dan Marco Asensio, yang semuanya mampu membuatkan pertahanan Barcelona huru-hara. Pertahanan Barcelona yang baru digandingkan mungkin berada dalam risiko pertemuan ini.
# 3 Pergantungan Barcelona kepada pemain muda
Semenjak dilatih oleh Ronald Koeman, pengurus itu lebih gemar menurunkan pemain bakat muda, dengan banyak minit diberikan kepada mereka.
Bintang di Barcelona yang semakin menyinar saat ini adalah penyerang berusia 17 tahun, Ansu Fati, yang telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan. Pemain yang baru dibeli pada musim panas, pemain tengah berusia 17 tahun Pedri dan Francisco Trincao yang berusia 20 tahun, bersama dengan Dest, semuanya telah menjadi pemain utama Barcelona selama ini.
Walaupun semua pemain yang disebutkan di atas menunjukkan kualiti, dan dijangka memiliki masa depan yang cerah dalam arena bola sepak, El Clasico adalah satu perlawanan besar buat mereka. Mengharapkan anak-anak muda ini berhadapan pemain berpengalaman seperti Sergio Ramos dan Casemiro berpotensi akan menyebabkan mereka disekat dengan mudah.
# 2 Kekurangan skuad-depth Barcelona
Barcelona mempunyai beberapa pemain yang bagus dalam pasukan mereka, tetapi persoalan masih ada mengenai kekuatan bangku simpanan pasukan.
Pemergian Arturo Vidal, Luis Suarez, Ivan Rakitic, Nelson Semedo, dan Arthur Melo telah mengurangkan kekuatan skuad, dengan Barcelona hanya benar-benar menggantikan Melo dan Semedo. Posisi pertahanan tidak mempunyai pengganti yang mantap, dan Samuel Umtiti yang cedera adalah pilihan bek tengah yang ketiga.
Di posisi tengah, Sergio Busquets yang semakin tua terus bermula bersama Frenkie de Jong dan Philippe Coutinho, dengan pemain baru Miralem Pjanic dan pemain muda Pedri, Carles Alena dan Riqui Puig satu-satunya pilihan lain.
Walaupun prestasi Fati telah berjaya menutup kekurangan dalam barisan serangan, persembahan semasa Antoine Griezmann tetap menjadi perhatian. Kecergasan Ousmane Dembele terus menjadi masalah juga, yang bererti ada tekanan tambahan pada Fati dan Lionel Messi untuk memimpin serangan, dengan Martin Braithwaite pilihan yang tidak berapa solid dari bangku simpanan.
# 1 Prestasi Lionel Messi
Kisah Lionel Messi-Barcelona adalah topik hangat hampir sepanjang musim panas, dengan kapten dan tonggak Barcelona ini telah mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan kelab.
Walaupun itu mungkin tidak berlaku kerana pelbagai alasan, Messi masih belum mencapai prestasi terbaik musim ini. Superstar Argentina itu hanya mempunyai satu gol liga dalam empat perlawanan, sejauh ini tanpa gol dari permainan terbuka. Malah pengurus Ronald Koeman telah mengakui bahawa penampilan pemain Argentina itu sepatutnya lebih baik.
Walaupun dia masih tinggal satu tahun dalam kontraknya, nampaknya tidak mungkin fokus Messi akan lari. Namun, prestasinya yang merosot sangat membimbangkan, dan berpotensi akan memberikan kelebihan kepada Real Madrid pada perlawanan ini.