Categories
Bola Sepak

Liverpool membuat tawaran “€ 70-75 juta” untuk Kalidou Koulibaly

Menurut wartawan Itali Fabio Santini melalui Standard Sport, Liverpool telah meletakkan sasaran Kalidou Koulibaly sebagai pengganti Virgil van Dijk setelah pemain Belanda itu mengalami kecederaan ACL minggu lalu. The Reds mengesahkan dalam satu kenyataan awal minggu ini bahawa pemain berusia 29 tahun itu boleh ketinggalan sepanjang musim ini.

Koulibaly dilaporkan telah dipilih sebagai pengganti Van Dijk, dengan laporan dari Itali yang menunjukkan bahawa Liverpool telah cuba membida tawaran harga 70-75 juta € untuk bintang Senegal itu. Santini, seorang wartawan yang membuat liputan Napoli, mendakwa bahawa The Reds sedang dalam perbincangan serius untuk pemain pertahanan itu.

“Perhatian: Saya mempunyai berita sensasi mengenai Kalidou Koulibaly.”

“Manchester City dan United adalah kelab yang sedang mengejar tandatangan pemain Senegal ini dan juga PSG. Kelab yang paling serius adalah Liverpool.”

“The Reds menawarkan kepada Napoli angka antara 70 dan 75 juta euro, jumlah yang telah diletakkan oleh [ketua Napoli] De Laurentiis.”

Kecederaan Van Dijk boleh menggugat peluang Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan

Kecederaan Van Dijk datang adalah satu tamparan yang hebat untuk Liverpool, dengan pemain Belanda itu adalah individu yang sangat diperlukan dalam pasukan Jurgen Klopp telah menjadi gergasi Eropah ketika ini.

Dikenali sebagai pemain terbaik di dunia dalam posisinya, pemain berusia 29 tahun itu menggegarkan bola sepak dunia sejak membuat rekod perpindahan dunia ke Liverpool dan menduduki tempat kedua di Ballon d’Or 2019 di belakang Lionel Messi.

Liverpool juga dikaitkan dengan pemain lain seperti Ben White, Dayot Upamecano dan Jules Kounde, sementara ada juga laporan bahawa The Reds mungkin mempertimbangkan untuk mengambil agen bebas bagi menambah back-up skuad mereka.

Dengan Joel Matip juga bersama-sama dengan Van Dijk di bilik rawatan, Liverpool hanya mempunyai seorang pemain pertahanan tengah yang senior iaitu Joe Gomez. Rhys Williams, Nat Phillips dan Sepp van den Berg adalah pilihan utama untuk The Reds dan trio itu dijangka akan diturunkan dalam beberapa minggu akan datang.

Liverpool baru sahaja memperolehi kemenangan 1-0 menentang Ajax dalam saingan Liga Juara-juara Eropah. Pada perlawanan tersebut, Fabinho telah dipilih menggantikan Van Dijk dan mempamerkan persembahan yang sangat baik.

Namun pemerhati sangat yakin bahawa Liverpool akan mencari pengganti dengan secepat mungkin kerana Fabinho adalah seorang pemain tengah dan bukannya seorang pemain pertahanan. Jika dilihat kepada rekod, tiada istilah pembelian panik bagi Jurgen Klopp. Tetapi, jika ada pemain yang betul-betul sesuai dengan taktikalnya, Klopp sanggup berbelanja besar bagi mendapatkannya.

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *