Categories
Bola Sepak

Carlo Ancelotti mempertahankan tindakan Jordan Pickford ke atas Virgil van Dijk

Pengurus Everton Carlo Ancelotti berpendapat Jordan Pickford menjadi sasaran tidak adil oleh oleh semua pihak berikutan kecederaan yang dialami ligamen Virgil van Dijk.

Kejadian berlaku semasa Merseyside Derby di Goodison Park pada hujung minggu.

Everton masuk ke padang dengan harapan dapat mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana. Liverpool, yang masih dihantui dengan kekalahan 2-7 di tangan Aston Villa, berharap dapat memberi harapan kepada para peminat dengan kemenangan Derby.

Pasukan yang ingin mempertahankan kejuaraan itu bermula dengan baik sekali dan telah menjaringkan gol seawal 4 minit. Namun, beberapa minit kemudan, perlawanan mula dicemari dengan kekasaran apabila Pickford melakukan terjahan van Dijk, mencederakan pemain pertahanan Liverpool. Dia sudah pasti dilayangkan kad merah dari VAR sekiranya kedudukan Van Dijk tidak offside.

Van Dijk meminta untuk dikeluarkan dan tidak dapat meneruskan perlawanan menyaksikan The Reds hanya mampu seri 2-2 menentang musuh tradisi mereka.

Liverpool kemudian mendedahkan bahawa pemain Belanda itu memerlukan pembedahan dan memerlukan masa berbulan-bulan untuk pulih setelah mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate.

Walaupun ianya menyebabkan kemarahan yang menggunung terhadap penjaga gawang Everton, Pickford, bos Toffees menegaskan bahawa reaksi yang diterima pemainnya adalah tidak adil.

Ancelotti mendedahkan bahawa Pickford sedih dengan apa yang terjadi kepada VVD

Penjaga gol Inggeris itu dituduh sengaja membuat terjahan berbahaya kepada Van Dijk tetapi Ancelotti menepis tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa tuduhan kepada anak buahnya “terlalu berat.”

Bercakap kepada laman web kelab, Ancelotti berharap pemain pertahanan Liverpool itu cepat sembuh.

“Yang jelas, kami benar-benar memohon maaf atas kecederaan Virgil van Dijk. Setiap daripada kami berharap dia dapat pulih dengan cepat dan sihat.”

Orang Itali kemudian mengatakan bahawa kecederaan itu berlaku kerana sentuhan yang tidak disengajakan dan disalah anggap. Dia juga menyatakan bahawa Pickford ingin menangkap bola dan bukan merancang untuk mencederakan pemain Belanda itu.

“Terdapat sentuhan dan perlanggaran dengan Jordan Pickford: dan ianya disalah anggap. Tetapi hakikat bahawa Liga Perdana sangat pantas, adalah perkara biasa seseorang pemain agak lewat sedikit dalam merampas bola. Jordan tiba sedikit lambat untuk mendapatkan bola tetapi niatnya adalah untuk berusaha mencapai bola. Bukan untuk menyakiti Virgil van Dijk.”

“Ini adalah sentuhan dan perlanggaran yang kuat, mungkin disalah anggap, tetapi kadang-kadang dalam bola sepak perkara sebegini boleh berlaku.”

Ancelotti percaya bahawa pemain pertahanan Liverpool itu betul-betul mengetahui niat Pickford dan dia sama sekali tidak mahu mencederakannya. Dia juga mendedahkan bahawa pemain Everton ‘benar-benar sedih’ dengan keseluruhan kejadian itu.

“Untuk mengatakan bahawa ia telah dirangka, dan ini dan itu, pada pendapat saya tuduhan itu terlalu banyak dan terlalu berat. Virgil van Dijk mengetahui perkara ini. Jordan benar-benar sedih, benar-benar kecewa (kerana dia cedera).”

Liverpool sekarang amat bimbang dengan situasi van Dijk yang akan terlepas sepanjang musim, kerana belum ada kenyataan yang jelas bila dia akan dapat beraksi.

The Reds juga telah membuang nama pemain Belanda itu dari senarai pendek 25 pemain Liga Perdana mereka dan kemungkinan besar akan menandatangani pemain pertahanan yang baru pada bulan Januari ini untuk memastikan musim mereka tetap di landasan yang selamat.

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *