Menurut Marca menerusi Daily Mail, pengurus Barcelona, Ronald Koeman mempunyai rancangan untuk menyerap kembali Philippe Coutinho ke dalam skuadnya. Pemain tengah Brazil memenangi treble dengan Bayern Munich pada musim 2019-20 dan kembali ke Camp Nou awal bulan ini, ketika dia ingin memulihkan semula kariernya di Blaugrana kembali ke landasan yang sebenar.
Coutinho terutama ditugaskan sebagai pemain sayap di bawah kendalian Ernesto Valverde dan memainkan peranan serupa dengan pinjaman dengan raksasa Bavaria. Namun, Koeman berhasrat untuk menggunakannya sebagai pemain attacking miedfielder, ketikamana pemain berusia 28 tahun itu akan berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan kualitinya dan ingin menjadi pemain utama Barcelona.
Bayern Munich tidak dapat membuat pilihan untuk membelinya secara tetap, kerana Coutinho kembali ke Barcelona pada musim panas ini. Laporan menunjukkan bahawa pemain tengah Brazil itu turut menarik minat pasukan dari Liga Perdana, dengan pasukan seperti Arsenal dan Chelsea turut menyatakan minat terhadapnya.
Liverpool juga dikaitkan dengan Coutinho, kerana pada awalnya dia tampak ingin meninggalkan Barcelona secara kekal. Namun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, keyakinannya telah berubah, dengan Koeman bersedia memberinya peluang untuk membuktikan nilai dirinya.
Coutinho sangat ingin mencipta nama di Barcelona, setelah berpindah ke kelab tersebut pada Januari 2018 dalam satu rekod pembelian yang besar. Koeman mempunyai rancangan untuk mendapatkan yang terbaik dari pemain Brazil itu dan setakat ini dia belum dapat mempamerkan bisanya di Camp Nou.
Barcelona ingin membawa beberapa pemain untuk melengkapkan skuad mereka dalam beberapa minggu akan datang. Pemain seperti Memphis Depay dan Gini Wijnaldum telah dikaitkan dengan gergasi Catalan, dengan Koeman bersemangat untuk bersatu semula dengan dua bintang dari Belanda itu.
Kedua-dua pemain tersebut berada di tahun-tahun terakhir kontrak mereka dan mungkin akan dapat dibeli dengan harga yang murah pada musim panas ini, ketika Barcelona ingin memanfaatkan situasi mereka dan seterusnya menandatangani mereka secepat mungkin.
Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez juga turut dikaitkan dengan Barcelona, tetapi gergasi La Liga tidak mungkin dapat membayar yuran perpindahannya musim panas ini kerana kesan kewangan dari wabak COVID-19.