Quique Setien adalah “pilihan keempat, paling baik” dalam pencarian Barcelona untuk melantik ketua jurulatih baru, menurut pakar bola sepak Sepanyol, Graham Hunter.
Setien menandatangani perjanjian dua tahun setengah dengan kelab Catalan pada hari Isnin selepas Ernesto Valverde dipecat ekoran kekalahan kepada Atletico dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol.
Setien, bekas ketua jurulatih Real Betis mengakui dia terkejut kerana ditawarkan peranan tersebut, yang mana ia menggambarkan sebagai “impian paling liar” dalam kariernya, dan Hunter percaya dia hanya didatangi setelah Barcelona gagal meyakinkan tiga calon lain untuk menggantikan Valverde.
Bercakap kepada podcast Transfer Talk, Hunter berkata: “Mereka pergi ke Qatar untuk mencuba dan meyakinkan Xavi, yang mereka sudah tahu dia tidak akan datang, dan tidak boleh datang buat masa sekarang.”
“Mereka cuba memujuk Ronald Koeman, yang telah memberitahu mereka sebelum ini dia tidak akan menyertai mereka. Dia masih dalam misi untuk memimpin Belanda meraih lebih banyak kejayaan dalam Kejohanan Eropah .”
“Mereka juga mengetahui pendirian Mauricio Pochettino sebelum ini, bahawa dia lebih suka kembali dan bekerja di ladangnya di Argentina daripada pergi dan melatih Barcelona, akan tetapi mereka tetap cuba memujuknya.”
“Quique Setien adalah jurulatih yang menarik dengan mentaliti [Johan] Cruyff tetapi dia merupakan pilihan keempat, dalam ranking pemilihan. Ia telah menjadi isu Keystone Cops yang boleh diperolehi dari awal hingga akhir.”
Walaupun merupakan pilihan keempat, semua peminat Barca semestinya menyokong langkah penukaran jurulatih kerana Barca dilihat semakin mengalami penurunan prestasi di bawah kendalian Velverde lebeih-lebih lagi semenjak ayam tambatan mereka, Lionel Messi yang ketika ini tidaklah sehebat di zaman mudanya. Satu transformasi baru sangat diperlukan untuk membina skuad Barca yang lebih digeruni kerana pemain-pemain utama mereka ketika ini sebahagian besarnya semakin berusia, dan jika sesuatu tidak dilakukan, tidak mustahil Barca akan memasuki era kemerosotan seperti mana yang sedang dialami oleh gergasi-gergasi Eropah sebelum ini seperti Manchester United, Bayern Munich, dan AC Milan.