Sergio Aguero merekodkan satu lagi sejarah Liga Perdana dengan meledak hatrik kali ke-12 dalam kemenangan Man City 6-1 ke atas Aston Villa pada hari Ahad.
Jaringan penyerang sekaligus meletakkan tempatnya sebagai penjaring luar England yang terbanyak liga.
Dia kini menjaringkan 177 gol – daripada 255 perlawanan liga – untuk memecahkan rekod jaringan Thierry Henry yang berjumlah 175 selepas prestasi yang sangat menakjubkan di Villa Park.
Hatrik ke-12 beliaudi saingan liga juga membuatnya menjadi penjaring hatrik paling banyak dalam Liga Perdana, mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Alan Shearer.
Jaringan dari Aguero, Gabriel Jesus dan dua gol oleh Riyad Mahrez telah meletakkan pasukan Pep Guardiola 4-0 pada separuh masa dalam pertandingan yang melihatkan jurang yang amat besar antara dua pasukan.
Pasukan pelawat mengecewakan tuan rumah untuk naik ke tempat kedua dalam Liga Perdana.
Mereka dipisahkan 14 mata dengan pendahulu Liverpool, dan harapan mereka untuk mempertahankan gelaran mereka dilihat agak sukar memandangkan prestasi Liverpool yang sangat luar biasa pada ketika ini.
Villa telah masuk ke zon penyingkiran sebelum perlawanan selepas kemenangan Watford di Bournemouth dan ini adalah kekalahan keenam mereka dalam sembilan perlawanan utama.
Mereka berada dalam prestasi terburuk apabila mengalami kekalahan terbesar di halaman sendiri dalam tempoh hampir empat tahun, hanya mendapat gol saguhati menerusi jaringan penalti Anwar El Ghazi pada minit 90.